Header Ads

http://zakizi.blogspot.co.id/

BONUS PIALA AFF 2010

..............www.ZAKIZI.BLOGSPOT.COM / PECANGAAN, JEPARA...............


BONUS Rp 3 M CASH MENANTI PEMAIN INDONESIA JULANG PIALA AFF

PERSATUAN SEPAKBOLA Seluruh Indonesia (PSSI) menjanjikan ganjaran bayaran bonus buat skuad bolasepak negara itu sekiranya muncul juara Piala Suzuki AFF 2010. Jumlah yang disediakan itu dikatakan sekali ganda lebih jika dibandingkan bonus yang dijanjikan bagi skuad itu ketika pada Piala AFF 2008 yang lalu.

Dua tahun lalu PSSI menyediakan bonus Rp1,5 Miliar untuk juara namun skuad bimbingan jurulatih Markus Horison sekadar mara keperingkat separuh akhir selepas tumpas dengan Thailand dengan agreget 3-1.
 





Tahun ini, PSSI kembali menjanjikan bonus yang lebih lumayan. Sekiranya berjaya mara ke final skuad itu akan menerima bonus Rp2,5 Miliar . Andainya mereka berjaya menjuarai Piala AAF kali ini mereka akan menerima tambahan Rp3 Miliar .

Rangsangan bonus telah diputuskan selepas mesyuarat EXCO PSSI di Hotel Sultan, kelmarin. 
"Sudah tentu bonus ini bukan segala-galanya," kata Ketua Umum PSSI, Nurdin Halid kepada wartawan.

"Bonus ini adalah bentuk perhargaan PSSI terhadap usaha kerja keras skuad ini menjalani persiapan sejak Mei lalu. 

"Adalah diharapkan semoga jumlah ini mampu memotivasi pemain untuk beraksi dengan lebih cemerlang sehingga berjaya mencapai matlamat yang sasarkan itu, " jelas Nurdin.

Tidak ada komentar

Terima kasih atas kunjungan anda....
Kami tunggu anda , kembali....

zakizi berbagi. Diberdayakan oleh Blogger.